Dasar tiada diskaun saman JPJ kekal - Utusan Malaysia

Dasar tiada diskaun saman JPJ kekal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 29 Jan. – Dasar tiada tawaran diskaun terhadap mana-mana notis kompaun yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas akan dikekal­kan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, ia bertujuan mengurangkan kadar kemala­ngan jalan raya dan tidak mahu pengguna jalan raya yang mendapat saman mengamalkan sikap menunggu tawaran diskaun sebelum membayar saman.

“Kita tidak mahu pengguna jalan raya ambil ringan saman tersebut,” katanya ke­pada pemberita

ANTHONY LOKE
ANTHONY LOKE 

se­lepas melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2019 sempena Tahun Baru Cina di kawasan rehat dan rawat Dengkil arah selatan di sini hari ini.

Beliau yang tidak kisah sekiranya pendekatan sedemikan menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna jalan raya, berkata: “Hendak marah Menteri Pengangkutan pun marahlah. Tugas saya ialah untuk kurangkan kemalangan jalan raya. Ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya.”

Loke berkata, be­liau juga bercadang untuk berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya saman trafik dan saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun.

Antara kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan pengguna jalan raya ialah tidak mematuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memotong barisan, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu di lorong kecemasan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×