Dasar PH tidak jelas - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Dasar PH tidak jelas – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS 16 Jan. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu berubah dalam memimpin dan mentadbir negara demi memastikan kehidupan serta kebajikan rakyat terus dijaga.

Perkara ini termasuk dasar kerajaan masa kini yang disifatkan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai tidak jelas dan tidak konsisten.

“Sekarang ini adalah masa untuk mereka (PH) memimpin dan mentadbir negara. Mahu tunggu berapa lama lagi (memimpin)?

“Oleh itu, kita dalam Barisan Nasional (BN) mesti bersungguh-sungguh pastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sesi mesra bersama penduduk Brinchang, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×