SEREMBAN – Dapur dan stor tempat penyimpanan kotak restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) City Park dekat sini terbakar kira-kira pukul 10 pagi tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.50 pagi. “Seramai tiga pegawai dan 14 anggota bersama beberapa buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dikerahkan memberi bantuan. “Mereka tiba di lokasi kejadian dalam tempoh seminit dan berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran itu 30 minit kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya