DAP Sabah sokong pendirian Shafie - Utusan Malaysia

DAP Sabah sokong pendirian Shafie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 7 Jan. – Pengerusi DAP Sabah Datuk Stephen Wong Tien Fatt hari ini berkata parti itu menyokong pendirian Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak melebarkan sayap ke negeri berkenaan.


Wong yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, berkata DAP Sabah gembira bekerjasama dengan kerajaan pimpinan Mohd Shafie untuk memastikan rakyat negeri itu menikmati kehidupan lebih baik. 


Stephen Wong Tien Fatt
Stephen Wong Tien Fatt 

“Di bawah pimpinan Mohd Shafie, kerajaan negeri Sabah yang baharu sedang berusaha mengembalikan negeri ke landasan yang betul,” katanya dalam kenyataan di sini.


Wong yang juga Anggota Parlimen Sandakan, berkata beliau yakin Sabah akan semakin maju di bawah kepimpinan Mohd Shafie yang berpandangan jauh dan mengamalkan kesederhanaan serta keterbukaan dalam memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum di negeri itu. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN