KUALA LUMPUR 29 Jan.- Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan Dana BNM untuk Rumah Mampu Milik (Dana BNM) berjumlah RM1 bilion bagi pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dana berkenaan ditawarkan kepada warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM2,300. “Kita harap usaha BNM sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah pemilikan rumah pertama dalam kalangan kumpulan B40,” katanya pada majlis pelancaran Dana BNM dan…










