MELAKA – Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau mahukan jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu yang kini disandang Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. “Oh, tak betul. Terima kasih. Tak apa kita akan selesaikan secara dalaman,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pay Hwa, Paya Rumput di sini hari ini. Semalam sebuah portal…










