KLUANG 28 Jan. – Dakwaan kadar makanan sehari di sekolah berasrama penuh (SBP) dikurangkan adalah tidak benar. Menafikan perkara tersebut, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata kadar makanan sehari di SBP masih kekal. “Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan keluarkan kenyataan petang ini menafikan dakwaan atau fitnah tersebut. “(Dan) saya berharap supaya Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan ‘homework’ sebelum keluarkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ziarah Cakna di…









