'Dah kena dah penyamun jual si penyangak' - Utusan Malaysia

‘Dah kena dah penyamun jual si penyangak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 30 Jan. – “Tukar kenderaan baharu supaya perjalanan lebih baik dan selesa namun jika sama sahaja seperti sebelum ini, maka apa gunanya?”

Persoalan itu dibangkitkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dalam status Facebooknya di sini hari ini, dipercayai merujuk kepada prestasi buruk beberapa menteri Pakatan Harapan seperti yang dibangkitkan oleh tokoh wartawan negara, Datuk A. Kadir Jasin dalam blognya sebelum ini.

“Harapnya janganlah sampai seperti dialog P. Ramlee ‘bapak di sana itu penyamun, abang-abang di sini itu penyangak. Dah kena dah penyamun jual si penyangak. Apa salahnya.

“Tukar kenderaan baharu supaya perjalanan lebih baik dan selesa. Namun, jika sama sahaja seperti sebelum, maka apa gunanya,” katanya.

Semalam media melaporkan, Kadir yang juga Penasihat Media Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegur prestasi kerajaan Pakatan Harapan yang mengecewakan sejak mengambil alih kuasa pada Mei tahun lalu.

Kadir mendakwa, menteri-menteri serta pembantu mereka tidak mesra rakyat dan tidak memenuhi harapan penyokong selain memaklumkan gabungan tersebut kini jelas dalam bahaya susulan tamparan yang dialami dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Januari lalu.

“Maka berwaspadalah. Kalau rakyat boleh mengundi PH, mereka juga boleh menolak PH,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN