Dadah: Anak Mat Sabu bebas jaminan polis - Utusan Malaysia

Dadah: Anak Mat Sabu bebas jaminan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jan. – Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang ditahan selepas di­syaki positif ganja da­lam pemeriksaan di sebuah pusat hiburan eksklusif terletak dalam sebuah hotel di Jalan Ampang di sini tengah malam tadi, dibebaskan dengan jaminan polis.

Difahamkan, lelaki berusia 31 tahun itu merupakan penuntut di sebuah universiti di Gombak, Selangor.

Tim­balan Ketua Polis Kuala Lum­pur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, selain anak Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, pihaknya turut membebaskan dengan jaminan seorang rakannya berusia 33 tahun yang ditahan atas kesalahan sama.

“Kedua-dua mereka dibebaskan pada pukul 5.30 petang. Siasatan tetap diteruskan di bawah Seksyen 15(1)(a) Ak­ta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung pe­nahanan anak lelakinya, Ahmad Saiful Islam Mohamad yang ditahan kerana disyaki positif dadah, awal pagi tadi.

Jelas Mohamad, beliau te­lah dimaklumkan mengenai penahanan anaknya itu oleh pihak polis hari ini dan mahu kes tersebut diselesaikan berdasarkan kepada pro­ses undang-undang sedia ada.

“Anak saya sama seperti anak orang lain juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” katanya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Dalam pada itu, sumber mem­beritahu, anak Mohamad merupakan seorang daripada 101 individu termasuk 55 wanita yang diperiksa dalam Op Hiburan oleh sepasukan pe­gawai dan anggota dari Ibu pe­jabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

“Ketika operasi tersebut, dia dikatakan sedang berhibur de­ngan beberapa individu lain. Hasil pemeriksaan ke atas kesemua pengunjung pusat hiburan itu, hanya mereka berdua yang disyaki positif dadah,” tambah­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN