PORT DICKSON 24 Jan. – Kira-kira 20 nelayan pantai di Pangkalan Nelayan Gelam, di sini mengeluh kerana sumber rezeki mereka terjejas ekoran bot dan enjin milik mereka kerap menjadi sasaran pencuri. Yang membimbangkan mereka, pencuri dipercayai datang dari kawasan di sekitar negara jiran, Indonesia dengan menceroboh perairan negara untuk melakukan jenayah tersebut. Seorang nelayan, Hussain Ismail, 51, berkata, bot ibarat nyawa kepada nelayan mencari rezeki di laut dan pendapatan mereka akan terputus apabila kehilangan kenderaan itu. T. MUHAMMAD ISA “Baru-baru ini, dua buah bot dan 12 enjin sangkut dicuri, manakala…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya