City belasah Burnley - Utusan Malaysia

City belasah Burnley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 27 Jan. – Manchester City meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila membelasah Burnley 5-0 dalam pusingan keempat Piala FA dan meledak 30 gol dan mencatat

tujuh kemenangan berturut-turut dalam tiga kejohanan berbeza.

Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolves mencatat keputusan seri 2-2 menentang Shrewsbury Town manakala Newport County terikat 1-1 bertemu Middlesbrough.

City membuka tirai jaringan pada minit ke-23 hasil percubaan Gabriel Jesus sebelum menambah empat lagi gol menerusi Bernardo Silva, Kevin De Bruyne dan Sergio Aguero

dengan satu gol sendiri berpunca daripada kesilapan Kevin Long.

Kemenangan tersebut berjaya dihasilkan tiga hari setelah The Citizens menempah tiket ke final Piala Liga di Wembley dan itu bermakna skuad kendalian Pep Guardiola yang

ketinggalan empat mata di belakang pendahulu EPL, Liverpool masih kekal dalam empat pertandingan.

“Ini kemenangan kelapan kami berturut-turut dan sudah tentu kami mempunyai banyak gol. Semua orang mahu membantu pasukan mereka namun masih terdapat yang perlu diperbaiki. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN