ALOR SETAR 24 Jan. – CIMB Bank Bhd. hari ini menjelaskan penutupan dan perpindahan sebuah cawangannya di Pendang dekat sini, ke Guar Chempedak di Yan adalah bertujuan untuk menyelaraskan rangkaian cawangan bank itu. Jurucakap CIMB Bank dalam satu kenyataan berkata, pelanggan bank itu walau bagaimanapun masih boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan perbankan di dua buah mesin pengeluaran dan deposit tunai (CRM) di stesen minyak Petronas di Jalan Pendang yang berdekatan. “Perkhidmatan…










