CIMB buka operasi perbankan di Filipina - Utusan Malaysia

CIMB buka operasi perbankan di Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pembukaan cawangan perbankan CIMB di Filipina, CIMB Bank Philippines Inc (CIMB Philippines) bakal melengkapkan lagi operasi institusi kewangan tersebut di rantau ASEAN.

Ketua Pegawai Eksekutif Usaha Sama dan Perkongsian CIMB Group, Effendy Shahul Hamid berkata, peluasan pasaran ini dilihat dapat membantu CIMB menyediakan tawaran digital dan yang berbeza kepada pasaran.

“Penembusan internet dan mudah alih di Filipina kekal antara tertinggi di dunia, sekali gus menjadi petunjuk jelas kepada kami untuk memberikan perkhidmatan kepada masyarakat yang progresif dan moden,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejajar dengan pelancaran CIMB Philippines, CIMB turut mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan kawal selia daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina bagi usaha sama perbankan pelaburannya di negara itu, CIMB Bancom Capital Corporation.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini