KUALA LUMPUR 30 Jan.-Pemikir Yahudi, Noam Chomsky hari ini menafikan dakwaan beliau akan berkongsi pentas dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam satu persidangan bulan depan. Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Chomsky membuat penafian tersebut menerusi kiriman e-mel beliau kepada penganalisis dan pemerhati politik, Dr. Chandra Muzaffar. Chomsky yang juga profesor di Institut Teknologi Massachusetts dalam e-mel tersebut turut menafikan akan mengadakan lawatan ke negara ini bagi mengambil bahagian dalam perayaan hak asasi manusia di ibu negara bulan depan. “Saya telah menerima beberapa surat berhubung perkara ini,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya