Chelsea sah ikat Pulisic - Utusan Malaysia

Chelsea sah ikat Pulisic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 2 Jan. – Chelsea sah menandatangani Christian Pulisic dari Borussia Dortmund, namun akan meminjamkan pemain sayap Amerika Syarikat itu ke kelab Jerman tersebut sehingga tamat musim ini, lapor pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris berkenaan hari ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Christian (@cmpulisic) on

Kelab yang berpangkalan di London tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan harga pembelian Pulisic, namun Dortmund berkata, Chelsea membayar 64 juta euro (RM302 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 20 tahun itu, yang boleh beraksi di kedua-dua belah sayap.

“Satu keistimewaan bagi saya untuk menyertai kelab legenda ini, dan saya berharap dapat bekerja keras untuk menjadi penyumbang kepada Chelsea bersama pemain bertaraf dunia lain.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Maurizio Sarri (jurulatih Chelsea) dan pasukan teknikal,” kata Pulisic dalam satu kenyataan.

Pemain sayap itu telah membuat 115 penampilan dalam semua pertandingan bersama Dortmund, dengan meledak 15 jaringan termasuk 24 bantuan gol sejak tampil buat kali pertama bersama skuad senior pada 2016.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN