Cech umum persaraan - Utusan Malaysia

Cech umum persaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Jan. – Penjaga gol Arsenal, Petr Cech membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya pada hujung musim ini selepas 20 tahun bergelar pemain bola sepak profesional selain menjuarai beberapa trofi bersama kelab yang diwakilinya.

Cech antara penjaga gol terbaik di dunia menyertai The Gunners selepas berpindah dari Chelsea empat tahun pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) tujuh kali selain menjaga gawang tanpa dibolosi sebanyak 202 kali daripada 443 penampilan.

“Tanpa disedari sudah 20 tahun sejak saya menandatangani kontrak secara profesional jadi saya fikir ini merupakan masa yang sesuai untuk mengumumkan persaraan saya pada hujung musim ini.

“Bermain selama 15 tahun dalam EPL selain memenangi trofi saya berasa saya sudah mencapai segala-galanya. Saya akan terus bekerja keras bersama Arsenal dan diharapkan kami memenangi satu piala di penghujung musim dan selepas itu saya akan berasa teruja untuk menjalani kehidupan,” katanya di Twitter.

Cech menyertai Chelsea dari kelab Perancis, Rennes pada Julai 2004 dan berjaya membantu The Blues memenangi EPL empat kali, empat Piala FA, tiga Piala Liga, Liga Juara-Juara dan Piala Europa.

Dia mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sehingga mengakibatkan tulangnya retak ketika menentang Reading pada 2006 sekali gus menyebabkannya terpaksa memakai pelindung setiap kali beraksi.

Penjaga gol berusia 36 tahun itu mengekalkan rekod tanpa dibolosi sebanyak 228 penampilan bersama Chelsea dalam semua kejohanan sebelum tempatnya diambil alih oleh Thibaut Courtois.

Sehingga kini dia masih memegang rekod EPL apabila menjaga gawang tanpa dibolosi dalam satu musim selepas beraksi 24 perlawanan (1,024 minit) pada musim 2004-05. Dia juga membuat 124 penampilan bersama skuad kebangsaannya, Republik Czech. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×