Cadangan Rashid bukti Bersatu tersasar - Utusan Malaysia

Cadangan Rashid bukti Bersatu tersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Dis. – Cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar ketua-ketua bahagian dan cawangan diberikan projek jelas menunjukkan isu dana masih membelenggu parti politik.

Penganalisis politik, Datuk Mohd. Aidit Ghazali berkata, apabila cadangan itu diutarakan membuktikan pemimpin politik tidak boleh menjalankan tugas tanpa dana sama ada dari­pada projek atau lain-lain saluran.

MOHD. AIDIT GHAZALI
MOHD. AIDIT GHAZALI 

“Ucapan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman juga membuktikan kata-kata tokoh Bersatu sebelum ini bahawa pemimpin mereka tidak mengambil projek kerajaan adalah tersasar.

“Jika cadangan itu diterima ibarat meludah ke muka sendiri apabila mereka kini inginkan projek kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Kedua parti itu semalam, Abdul Rashid mencadangkan agar ketua bahagian dan cawa­ngan Bersatu diberikan projek kerajaan supaya memperoleh lebih wang dan peluang bagi mempertahankan kemenangan parti dan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang.

SIVAMURUGAN PANDIAN
SIVAMURUGAN PANDIAN 

Dalam pada itu, penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Sivamurugan Pandian pula berbeza pandangan apabila bersetuju dengan cadangan pemberian projek namun menegaskan pemantauan perlu dijalankan.

“Ini hakikat yang perlu di­terima, ada antara ketua bahagian dan cawangan tidak mempunyai dana mencukupi untuk menjalankan program di kawasan mereka dan pemberian projek

boleh membantu.

“Bersatu parti baharu dan pastinya mengalami masalah dana, jadi tidak salah jika cadangan itu boleh membantu melancarkan urusan,” katanya.

Sementara itu, Felo Penye­li­dik Undang-undang dan Per­lembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Muhammad Fathi Yusof memberitahu, cada­ngan Abdul Rashid agar Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dikembalikan di negeri-negeri pembangkang tidak seharusnya dilaksanakan.

“JPP ini tidak sah dari sudut Perlembagaan kerana urusan kerajaan tempatan dan kepe­mimpinan di peringkat kampung perlu ditentukan oleh kerajaan negeri,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×