PUTRAJAYA 8 Jan. – Kementerian Kesihatan bercadang untuk memperluaskan kawasan larangan merokok di semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara dijangka dikuatkuasakan pada tahun ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, cadangan larangan itu susulan daripada penguatkuasaan larangan merokok di premis makan dan dalam bangunan di kawasan Parlimen. “Kami (Kementerian Kesiatan) sudah melakukannya di Parlimen dan restoran, dan sekarang mungkin akan memperluaskannya ke universiti. “Kami merancang untuk menguatkuasakannya di semua universiti termasuk awam dan swasta. Ia mungkin dalam tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya