KUALA LUMPUR 16 Jan. – Usahawan kosmetik Safiey Illias turut menyahut ‘Cabaran 10 Tahun’ daripada warganet dengan memaparkan gambar beliau ketika tahun 2009 dengan wajahnya terkini.
Gambar yang dikongsi Safiey pada tahun 2009 merupakan gambar beliau ketika zaman persekolahanya.
Foto tersebut memaparkan beliau ketika itu berambut pendek dan memakai baju seragam sekolah pelajar lelaki memegang sehelai sijil penghargaan.
“Ramai sangat yang minta. Dilaksanakan! Saya bangga menjadi diri sendiri. Tiada apa untuk disembunyikan,” kata Safiey pada hantaran yang dikongsi di Instagram beliau hari ini.
‘Cabaran 10 tahun’ merupakan cabaran yang dilakukan oleh netizen dengan memaparkan gambar mereka 10 tahun lalu dan terkini.
Turut menyertai cabaran itu adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkongsi gambar beliau di Facebook. Gambar Azmin pada tahun 1999 kelihatan sedikit berisi berbanding sekarang.
“Gambar 2009 tu ada iraspiras Azwan Ali sikit la YB,” usik Shah Izwan.
“Terjebak juga YB. Kita pun nak ikut la,” kata Latha Puspa.










