ISLAM amat menitikberatkan aspek hak serta tanggungjawab pekerja dan majikan. Dalam konteks upah dan gaji, keengganan majikan untuk membayar sebagaimana yang dipersetujui boleh menjadikan mereka sebagai ‘musuh Allah’. Mengapa soal upah dan gaji menjadi sesuatu perkara yang kritikal? Satu laporan hasil kajian oleh Khazanah Research Institute (KRI) bertajuk The School-To-Work Transition of Young Malaysians yang dikeluarkan penghujung tahun lalu ada menemukan persepsi tentang gaji yang telah menyebabkan wujudnya ketidakserasian dalam…










