PASIR MAS 29 Jan. – Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) pada 17 Januari lalu. Tertuduh Mohd. Syafiq Che Sekrey, 32, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan selesai dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim, Nazri Ismail. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen negeri, Nor Kamilah Mohammad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya