YAN 9 Jan. – Polis tidak menolak kemungkinan suspek yang diberkas selepas disyaki mengelar dan menetak dua beradik di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, di sini mengalami tekanan mental. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, walau bagaimanapun, pihaknya masih menyiasat motif sebenar serangan suspek yang merupakan kenalan bapa kedua-dua mangsa itu. “Setakat ini, siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek yang berusia 49 tahun itu juga belum memberi kerjasama kepada pasukan penyiasat, namun kita berjaya mendapatkan beberapa maklumat berkaitan. “Polis juga telah menemukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya