Bukan sekadar menari ‘Twist’, tapi langgar Kod Etika Kehakiman  - Utusan Malaysia

Bukan sekadar menari ‘Twist’, tapi langgar Kod Etika Kehakiman 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan Kod Etika Hakim 2009 di bawah Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan had tingkah laku hakim termasuk Ketua Hakim Negara. 

Beliau malah memberitahu, Bahagian II kod itu menjelaskan, bahawa seseorang hakim wajib mematuhi peruntukan yang ditetapkan atau boleh dikenakan tindakan tatatertib. 

“Sebagai contoh, Bahagian III ‘Tatakelakuan’ Perkara 6(2) menjelaskan bahawa seseorang Hakim itu tidak boleh memberikan atau membenarkan orang lain memberikan gambaran kepada mana-mana orang bahawa mereka berada dalam kedudukan yang istimewa untuk mempengaruhinya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukankah paparan video Ketua Hakim Negara ber’twist’ sakan dan mesra dengan Peguam Negara dan peguam-peguam persendirian boleh mencetuskan gambaran dan persepsi berada dalam ‘kedudukan istimewa’ sebagaimana Garis Panduan Kod Etika Kehakiman ini? 

“Perkara 8(1)(a) dan Perkara 8(2) dalam bahagian yang sama pula menyatakan secara jelas bahawa seseorang Hakim hendaklah memastikan semua aktiviti luar kehakiman tidak menimbulkan keraguan yang munasabah tentang keupayaan untuk bertindak dengan saksama sebagai seorang Hakim. Seseorang Hakim juga hendaklah mengelakkan hubungan rapat dengan anggota profesion perundangan secara individu,” katanya menerusi kenyataan dalam akaun Facebook hari ini. 

Asyraf Wajdi meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan balas daripada individu yang dikaitkan dengan pendedahan video mengenai kredibiliti dan kebebasan Institusi Kehakiman Negara. 

Kontroversi yang timbul berikutan klip video tular yang menunjukkan aksi Peguam Negara, Tommy Thomas, Tan Sri Richard Malanjum dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menari twist di pentas pada majlis makan malam ‘Opening of Legal Year 2019’ anjuran Sabah Law Society di Kota Kinabalu, Jumaat lepas.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×