KUALA LUMPUR 1 Jan. – Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican menerima Anugerah Khas Tokoh Kemanusiaan dan Kebajikan atas sumbangan beliau yang banyak membantu fakir miskin di Kemboja tanpa mengira agama dan bangsa. Anugerah itu diberikan penduduk Kampung Pak Phou Steam, Daerah Kampung Cham sebagai tanda penghargaan kepada NGO Antarabangsa yang telah memberi sumbangan daripada segi kemudahan rumah ibadat dan pendidikan anak-anak Islam di sana.…










