Buaya timbul di Sungai Kalor - Utusan Malaysia

Buaya timbul di Sungai Kalor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 30 Jan. – Penduduk di sekitar Sungai Kalor, Gelang Mas dekat sini gempar apabila seekor buaya dikatakan timbul di permukaan sungai tersebut dan tular di laman media sosial, hari ini.

Kemunculan reptilia itu dikatakan telah dirakam oleh penduduk dan kemudian dimuat naik ke laman Facebook.

Seorang penduduk, Che Harun Che Saad, 62, berkata, sungai berkenaan merupakan habitat haiwan itu sejak dahulu lagi.

Menurutnya, bagaimanapun dia masih belum tersempak dengan buaya walaupun sering berada di kawasan sungai itu.

“Biasanya, buaya akan muncul pada ketika musim tengkujuh sahaja.

“Mungkin apa yang ditularkan itu seekor biawak besar yang menyerupai reptilia itu jika dilihat dari jauh,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN