Britney Spears umum rehat daripada aktiviti seni - Utusan Malaysia

Britney Spears umum rehat daripada aktiviti seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 5 Jan.- Bintang sensasi, Britney Spears mengumumkan bakal berehat daripada sebarang aktiviti seni untuk menjaga bapanya yang dilaporkan berdepan masalah kesihatan.

Menerusi perkongsian dalam Twitternya, Britney, 37, menyifatkan keputusan itu sukar diambil memandangkan sudah merancang untuk membuat persembahan di Las Vegas.

“Saya tidak akan beraksi dalam persembahan terbaru saya, Domination.

“Saya amat menantikan persembahan ini dan ingin bertemu anda semua, keputusan yang diambil amat menyedihkan bagi saya,” tulisnya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN