LONDON 16 Jan. – Kepemimpinan Perdana Menteri Britain, Theresa May kini diambang pengakhiran sekiranya Kabinet kerajaan tidak memenangi undi tidak percaya.
BBC melaporkan, keadaan itu bakal menyaksikan Britain mungkin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) lebih awal daripada yang dijangkakan.
Mengikut Perlembagaan Britain, PRU hanya diadakan dalam tempoh setiap lima tahun dan dijangka diadakan pada 2022. – AGENSI









