KUALA LUMPUR 27 Jan. – Pasukan Bosskur menjuarai edisi sulung saingan Mobile Legends Todak Fest dengan menewaskan Mysterious Assassins (MyA) dalam masa 11 minit pada final di Midvalley Exhibition Centre, hari ini. Menerusi kejayaan itu, pasukan tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Saiyan yang terdiri daripada Faris Zakaria, Abdul Wandi, Andi Alfian, Herwin Baharuddin, Sopian Sultan dan Ahmad Fuad Razali membawa pulang Piala Todak, hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan pingat. Pasukan MyA yang terdiri daripada Fakri Fathurahman Fahrizal, Muhamad Hazim Zulkifli, Muhamad Azim Suhaimi, Zaidi Asli dan Farid…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya