BOGOTA 18 Jan. – Kerajaan Columbia menyalahkan kumpulan pemberontak, Tentera Pembebasan Nasional (ELN) dalam kejadian letupan bom kereta yang membunuh 21 orang di Akademi Latihan Kadet Polis, di sini semalam.
Menurut Menteri Pertahanan, Guillermo Botero, pengeboman tersebut merupakan serangan pengganas yang dilakukan ELN.
Rundingan damai bersama ELN telah gagal ketika kepimpinan bekas Presiden, Juan Manuel Santos pada tahun lalu. AFP










