PEKAN 5 Jan. – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang baik untuk mempertahankan kerusi Parlimen Cameron Highlands dengan syarat dapat menggerakkan jenteranya dengan efektif dan berkesan. Bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, faktor geografi menyaksikan terdapat kawasan di kerusi berkenaan terletak di pedalaman yang sukar untuk dimasuki. “Saya percaya kita ada peluang baik untuk mempertahankan kerusi Cameron Highlands tetapi mesti dapat melakukan kerja-kerja pilihan raya yang bersungguh-sungguh…










