AWANG menarik nafas lega dengan keputusan kerajaan tidak mengarahkan pendeposit Tabung Haji memulangkan semula hibah yang diterima walaupun status halalnya seperti mana kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, dipersoalkan orang ramai. Kata menteri itu, ia berikutan masalah itu hanya membabitkan peringkat pengurusan. Dakwaan Mujahid sebelum ini yang pemberian hibah kepada pendeposit Tabung Haji sejak 2014 hingga 2017 bercanggah dengan Akta Lembaga Tabung Haji 1995 menyebabkan…










