BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 30 JANUARI 2019 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 30 JANUARI 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Awang yakin Pelan Anti-Rasuah Nasional (NACP) yang dilancar Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad  akan memberi manfaat besar dan satu langkah signifikan dalam usaha membanteras jenayah itu.

Sememangnya dalam soal memerangi rasuah tiada kompromi seperti kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika menghadiri pelancaran pelan berkenaan di Putrajaya, semalam, jika ia tidak dibendung, rasuah akan membinasakan negara dan bangsa.

Rasuah jika dibiarkan boleh menjadi barah, sebab itulah Awang kagum dengan ketegasan serta kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat begitu gigih memerangi gejala tersebut walaupun Awang difahamkan mereka menghadapi masalah dari segi kekurangan tenaga kerja.

Oleh itu Awang berharap usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kemampuan SPRM dan pada masa masa aspek pendidikan perlu diberi penekanan serius  bermula di peringkat sekolah menengah lagi.

Ancaman dan kesan rasuah kepada bangsa serta negara perlu disampaikan secara terperinci kepada generasi muda supaya tertanam dalam minda mereka bahawa rasuah harus diperangi habis-habisan.

Justeru seluruh rakyat Malaysia perlu memberi sokongan padu kepada NACP bagi memastikan negara bebas daripada rasuah. Kalaupun tidak dapat dihapuskan secara menyeluruh, buat permulaan dapat menimbulkan ketakutan kepada mereka yang berhasrat melakukannya sudah mencukupi.

Awang –  Rasuah musuh nombor satu negara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN