PERKEMBANGAN media sosial banyak mempengaruhi kehidupan sebilangan individu yang gemar berkongsi pemilikan barang kemas, jam tangan mewah, beg tangan, kereta mewah atau hartanah. Malah ada yang berjaya mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menawarkan perkhidmatan dan produk melalui laman sosial. Dalam hal ini, Awang menyambut baik langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mahu terus menggunakan platform media sosial untuk mengenal pasti individu atau syarikat yang memiliki harta atau kekayaan…










