SHAH ALAM 23 Jan. – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih tidak mempunyai matlamat tersendiri selepas berjaya menyingkirkan bekas presiden UMNO yang juga bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Ketuanya Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini kerana selain menyingkirkan Najib, matlamat parti itu hanya untuk menumbangkan UMNO sebagai parti keramat Melayu di negara ini. “Najib tidak…










