Beri ruang kepada Dr. Mahathir seperti dipersetujui - Anwar - Utusan Malaysia

Beri ruang kepada Dr. Mahathir seperti dipersetujui – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan penuh Pakatan Harapan (PH) untuk mentadbir kerajaan dalam tempoh yang telah dipersetujui oleh parti tersebut.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman Twitter beliau, selepas mengadakan perjumpaan dengan Dr. Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.

“Berjumpa dengan Perdana Menteri selama sejam. Dr. Mahathir perlu diberikan ruang untuk mengetuai kerajaan dalam tempoh yang kita telah persetujui. Beliau mendapat sokongan penuh PH,” katanya dalam laman sosialnya itu.

Mengikut persetujuan, Dr. Mahathir dijadual menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar pada pertengahan tahun 2020 meskipun timbul spekulasi bahawa penyerahan kuasa itu mahu dihalang.

Anwar juga memberitahu, dalam perjumpaan itu, beliau turut berkongsi dengan Perdana Menteri mengenai pertemuannya dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini serta mendapatkan nasihat Dr. Mahathir untuk bertemu dengan Perdana Menteri India, Narenda Modi pada minggu depan.

Beliau juga berkata, dirinya dan Dr. Mahathir bersetuju dalam strategi yang sama mengenai hubungan dengan Singapura dan fokus untuk membasmi kemiskinan dan ketidaksamaan dalam isu ekonomi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN