Beri Mandat MT sepenuhnya kepada Tok Mat - Utusan Malaysia

Beri Mandat MT sepenuhnya kepada Tok Mat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 2 Jan. – Ahli Majlis Tertinggi UMNO digesa untuk sebulat suara memberikan kuasa penuh kepada Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pemangku Presiden dan bukan sekadar menjadi Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO.

MD. JAIS SARDAY
MD. JAIS SARDAY 

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md. Jais Sarday berkata, mandat penuh itu perlu diberikan kepada Mohamad supaya beliau dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah secara menyeluruh dalam memperkasa serta memulihkan UMNO.

“Ahli UMNO di peringkat akar umbi khususnya di UMNO Bahagian Kluang menyambut baik iltizam yang digariskan Tok Mat selaku Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden untuk parti bangkit dan meneruskan perjuangan dalam politik tanah air.

“Sehubungan itu, sewajarnya beliau bukan sekadar menjalankan tugas-tugas Presiden, sebaliknya mempunyai kuasa untuk mengarahkan jentera parti di semua peringkat dalam memperkasa UMMO dan seterusnya menterjemahkan iltizam yang digariskan Tok Mat,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Mohamad menerusi laman Facebook beliau baru-baru ini, menggariskan iltizam membangunkan wibawa UMNO sebagai parti pembangkang terhormat dan disegani, memerangi politik wang, idea dijadikan modal politik dan menyemak kembali agenda Melayu. 

Beliau turut menggariskan hala tuju untuk membina dan menyuburkan sistem demokrasi Malaysia melalui kepimpinan yang berprinsip sebagai pembangkang.

Sementara itu, Md. Jais turut mencadangkan supaya Mohamad mewujudkan dua pasukan utama di peringkat pentadbiran parti iaitu pertama sebagai pasukan yang berperanan dalam soal pemulihan parti dan kedua memberi tumpuan usaha memperkasa UMNO sebagai pembangkang berwibawa bukan sahaja di peringkat parlimen tetapi juga di peringkat Dewan Undangan Negeri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN