LEBIH kurang dua minggu sebelum berlabuhnya tirai tahun 2018, kita dikejutkan dengan kejadian bencana tsunami yang berlaku di selatan Pulau Sumatera dan barat Pulau Jawa, Indonesia. Akibat bencana alam itu, lebih 400 orang dilaporkan terkorban, manakala ribuan penduduk lagi cedera serta puluhan lagi masih hilang. Antara mangsa yang terkorban termasuklah ahli kumpulan pop rock terkenal Indonesia, Seventeen iaitu pemain bass, Muhammad Awal Purbani (Bani), pemain gitar, Herman Sikumbang (Herman) dan…









