Bella Dally umum bertunang - Utusan Malaysia

Bella Dally umum bertunang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Bella Dally, 28, mengumumkan dia kini sah bergelar tunangan orang selepas lapan bulan bergelar janda menerusi satu kemas kini di laman Instagramnya sebentar tadi.

Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally memberitahu majlis tersebut berjalan dengan lancar pada 12 Januari lalu di kediaman keluarganya di Sabah.

“Alhamdulillah, sememangnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik.

“Saya selamat melangsungkan pertunangan pada 12 Januari lalu. Terima kasih atas semua sokongan dan doa anda semua selama ini,” tulisnya lagi.

Biarpun tidak mendedahkan identiti tunanganya, jejaka itu dipercayai seorang ahli perniagaan bernama Arif Zaaclee selepas gambar mereka berdua menikmati makan malam di sebuah restoran tersebar minggu lalu.

Pada Mei tahun lalu, Bella dan aktor Nazim Othman sah bercerai selepas hampir dua tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata sepanjang bergelar suami isteri. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN