Bekas penyerang QPR perkuat Selangor - Utusan Malaysia

Bekas penyerang QPR perkuat Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Jan. – Bekas penyerang Queens Park Rangers (QPR), Antonio German bakal memperkuatkan cabaran Selangor pada musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Kehadiran German, 27, yang berasal dari Park Royal, England diumumkan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) hari ini.

German memulakan karier bola sepaknya bersama QPR pada 2009 dan beraksi dalam lebih 22 perlawanan sepanjang hampir tiga musim menyarung jersi kelab London itu.

Dia dijangka membentuk gandingan mantap bersama penjaring terbanyak Liga Super 2018, Rufino Segovia.

Ketika ditanya kenapa dia memilih Red Giants dan meninggalkan kelab lamanya Gokulam Kerala di India, German berkata: “Selangor adalah sebuah kelab yang sangat besar.

“Minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak telah bawa saya ke sini.”

Peminat setia Selangor pastinya teruja untuk melihat aksi German apabila mereka membuka tirai Liga Super 2019 dengan menentang Felda United di Stadium Shah Alam pada 2 Februari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN