MELAKA – Seorang bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan wang biasiswa bernilai lebih RM2.5 juta. Majistret Analia Kamaruddin mengeluarkan perintah reman sehingga 14 Januari terhadap suspek yang berumur 31 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Suspek yang memakai baju lokap tiba di pekarangan Mahkamah Ayer Keroh di sini kira-kira pukul 9.30 pagi sebelum diiringi keluar oleh pegawai SPRM sejam kemudian. Menurut sumber, lelaki tersebut ditahan di Felda Menggong, Alor…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya