Lelaki ditemukan lemas di Sungai Nanga Bekatan

Lelaki ditemukan lemas di Sungai Nanga Bekatan

PASUKAN penyelamat menaikkan mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Sungai Nanga Bekatan, Engsering Ulu Julau dekat sini, kira-kira pukul 9.08 pagi ini. - UTUSAN/COWEN LINCH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JULAU: Seorang lelaki ditemukan lemas di Sungai Nanga Bekatan, Engsering Ulu Julau dekat sini, kira-kira pukul 9.08 pagi ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Michael Jantan, 50, dilaporkan hilang kelmarin ketika menangkap ikan di sungai berkenaan

Beliau berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelam selepas dua kali melakukan selaman di sungai berkenaan.

“Mangsa seterusnya dibawa ke tebingan sungai untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Operasi mencari dan menyelamat hari kedua ditamatkan pada jam 9:30 pagi setelah perbincangan bersama pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Julau, diketuai Sarjan Jungkin,” katanya hari ini.

Jurucakap itu berkata, operasi hari ini bermula seawal jam 7:30 pagi, turut disertai sembilan anggota bomba menggunakan 10 perahu milik penduduk dan pelbagai agensi lain yang membabitkan pencapaian sepanjang sungai berkenaan.

“Sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8:15 pagi semalam, pasukan kami bersama anggota penyelam memulakan operasi SAR di kawasan sungai menggunakan teknik, pencarian permukaan air serta selaman berhampiran tebingan sungai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN