ERAT. Seramai 73 orang bekas pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 1995 hingga 1998 memeriahkan majlis pertemuan semula di maktab berkenaan baru-baru ini. Menurut salah seorang bekas pelajar, Mior Maarof Mior Mokhtar, majlis yang diadakan sempena genap 20 tahun meninggalkan Maktab Tentera Diraja itu diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama mereka. “Majlis yang diadakan selama dua hari satu malam ini turut dihadiri oleh 12 orang…










