Bekas kapten Pulau Pinang meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas kapten Pulau Pinang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin menzahirkan rasa dukacitanya selepas bekas kapten Pulau Pinang, Aziz Azizan meninggal dunia petang tadi.

Aziz, 54, meninggal dunia pada pukul 4.30 petang tadi di Hospital Pulau Pinang selepas koma akibat darah tinggi.

“Saya mewakili FAM mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham bekas kapten bola sepak Pulau Pinang, Aziz Azizan yang menghembuskan nafas terakhir petang tadi.

“Semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa rohnya. Al-Fatihah,” kata Hamidin yang dipetik daripada Facebook rasmi FAM di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×