Bekas ADUN Gunung Semanggol meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bekas ADUN Gunung Semanggol meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 8 Jan. – Selepas hampir setahun diserang penyakit strok, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Ustaz Mohd Zawawi Abu Hassan akhirnya meninggal dunia, awal pagi ini.

Mohd Zawawi yang juga bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Perak, menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya di Hospital Taiping selepas azan Subuh.

Adik arwah, Mohd Norhaj Abu Hassan berkata, abangnya itu telah dimasukkan ke hospital berkenaan pada pukul 6 petang semalam.

“Jenazah akan disembahyangkan selepas solat Zohor di Masjid Jamek Tebok Panchor.

“Selepas itu, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebok Panchor,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN