KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Seorang bayi lelaki berusia setahun enam bulan ditemukan mati lemas di dalam baldi di bilik air rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, di sini semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik ditemukan kebiruan dalam baldi berkenaan oleh ibu bapanya kira-kira pukul 12.30 tengah hari. Katanya, ketika kejadian ibu bapa mangsa sedang tidur dan sebaik menyedari bayi…










