Bawal polos paling diminati - Utusan Malaysia

Bawal polos paling diminati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIARPUN industri fesyen dibanjiri dengan pelbagai jenis hijab, namun tudung bawal masih kekal menjadi pilihan utama wanita khususnya bagi mereka yang lebih selesa tampil ringkas tetapi cantik.

Tudung bawal yang pernah mencipta fenomena tersendiri pada 1990-an adalah antara tudung yang kekal relevan sehingga kini dalam dunia hijab tempatan.

Selain mempunyai kelompok peminat tersendiri, tudung bawal juga mudah digayakan dan menjimatkan masa untuk memakainya.

Malah, bawal polos paling digemari kerana sesuai digayakan dengan apa jua pakaian tidak kira formal mahupun kasual.

Menurut pemilik jenama Syafiqah Aina RTW, Nur Syafiqah Aina Abdul Wahab, tudung bawal paling diminati adalah daripada fabrik sifon dan crepe.

Dia berkata, tudung yang diketengahkan rata-ratanya tudung bawal polos daripada fabrik sifon dengan material yang lebih tebal, tidak jarang dan senang dibentuk.

Pemilihan warna juga lebih fokus kepada warna-warna asas yang paling diminati wanita iaitu biru tua, merah pulasan dan merah jambu dusty.

“Kami juga menawarkan saiz yang lebih besar iaitu bidang 50 inci supaya sesuai digayakan oleh semua peringkat pembeli.

“Dalam masa sama, saiz ini memberi lebih ruang kepada pemakai untuk menggayakan tudung mengikut kreativiti sendiri,” katanya.

Hakikatnya, bukan sahaja selendang boleh diikat dengan pelbagai gaya, malah tudung bawal juga boleh tampil dengan pelbagai ikatan mengikut kreativiti masing-masing.

Bagi mendapatkan lebih keselesaan dan gaya, tudung bawal boleh digayakan dengan anak tudung jenama serupa tidak kira daripada jenis serkup biasa atau silang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN