Barbie menjangkau usia 60 tahun - Utusan Malaysia

Barbie menjangkau usia 60 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EL SEGUNDO 2 Jan.- Patung ikonik popular dunia, Barbie bakal menjangkau usia ke-60 pada tahun ini.

Diperkenalkan dalam pelbagai identiti, saiz tubuh, warna kulit dan pekerjaan, Barbie kekal menjadi kegemaran kepada kanak-kanak dan remaja seluruh dunia setelah enam dekad lamanya.

Walau berdepan persaingan dalam industri pembuatan mainan, Barbie masih relevan dalam pasaran, dengan 58 juta patungnya terjual setiap tahun di 150 negara.

Pengarah Pemasaran Jenama Global Barbie, Nathan Baynard berkata kejayaan Barbie dalam terus mengekalkan jenamanya untuk tempoh yang lama bukan pencapaian biasa.

“Dalam industri hari ini yang mana kejayaan hanya dikecapi tiga hingga lima tahun, 60 tahun semestinya satu pencapaian luar biasa,” katanya.

Barbie dicipta oleh pengasas bersama syarikat pembuatan patung permainan, Mattel, Ruth Handler.

Sejak diperkenalkan buat kali pertama pada tahun 1959, lebih daripada satu bilion patung Barbie telah terjual seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN