SECARA ringkasnya, Islamofobia merujuk kepada ketakutan dan diskriminasi terhadap individu atau komuniti yang beragama Islam. Seperti mana kita sedia maklum, krisis Islamofobia dilihat mulai meruncing sejak peristiwa serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September 2001 di Amerika Syarikat (AS) yang dilancarkan oleh kumpulan militan. Sejak itu, masyarakat dunia mulai memandang serong terhadap agama dan orang Islam. Mereka beranggapan masyarakat Islam gemar melakukan sesuatu dengan menggunakan taktik keganasan. Ditambah…










