Bapa namakan anak Muhammad Bossku tular - Utusan Malaysia

Bapa namakan anak Muhammad Bossku tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini keratan surat beranak seorang bayi yang diberi nama Muhammad Bossku tular di media sosial.

Nama tersebut lantas menjadi buat mulut dan mengundang jenaka dalam kalangan netizen gara-gara trend ‘bossku’ yang kini menjadi sebutan ramai.

Biarpun begitu, lelaki yang dipercayai merupakan bapa kepada bayi tersebut, Dean Ahmad menjelaskan, surat beranak yang tertera perkataan Muhammad Bossku itu sebenarnya telah disunting semata-mata untuk membuat prank kepada isterinya.

“Masa kelahiran anak pertama dahulu, saya seorang sahaja yang mencadangkan nama dan terus daftar kelahiran. Bila saya cadang nama Muhammad Bossku untuk anak kedua, isteri naik angin.

“Dia marah kerana cukup tidak berkenan dengan nama tersebut memandangkan sekarang ini kebanyakan individu mempermainkan panggilan Bossku itu. Jadi, dia malu.

“Muhammad dalam bahasa Arab membawa maksud terpuji, manakala Boss pula bermaksud seseorang dalam kedudukan tertinggi dan disegani, Jadi apa yang tidak baiknya?” selorohnya.

Enggan mengeruhkan keadaan, Dean Ahmad kemudian menjelaskan dia tidak menggunakan nama tersebut. Sebaliknya menamakan anaknya sebagai Umar al-Faqeh.

Bagaimanapun, dia tidak menghalang jika ada yang mahu memanggil Bossku pada anaknya itu di masa hadapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN