Bapa didakwa cabul anak kandung  - Utusan Malaysia

Bapa didakwa cabul anak kandung 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang bapa bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan mencabul anak kandungnya di sebuah rumah di Malim Nawar, Kampar dekat sini tahun lalu. 

Tertuduh yang berusia 38 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja kampung itu didakwa meraba kemaluan dan payudara serta menjilat kemaluan mangsa yang berusia 13 tahun ketika kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Malim Nawar, Kampar pada Julai 2017. 

Tertuduh didakwa melakulan kesalahan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat serta diletakkan di bawah pengawasan polis sehingga tempoh tiga tahun jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela, S. Teeban. 

Terdahulu, Teeban dalam rayuan kepada anak guamnya memohon mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan kepada tertuduh agar melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap minggu serta tidak dibenarkan berhubung dengan mangsa. 

Norashima tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan mahkaman menetapkam 15 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Kosmo! Online pada 7 Januari lalu melaporkan, malang menimpa seorang remaja perempuan berusia 13 tahun apabila dia dipercayai menjadi mangsa sumbang mahram kepada bapa dan datuk kandungnya sendiri sejak lima tahun lalu. 

Difahamkan, datuk mangsa bagaimanapun dibebaskan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN